Jumaat, 16 Disember 2011

Sejarah Penubuhan Pondok Bukit Kokbah

Pondok Bukit Kokbah ditubuhkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi dengan hasil sumbangan orang ramai. Terletak di perkampungan Bukit Kokbah, Pendang, Kedah dengan lokasinya menghadap lebuh raya PLUS. Untuk sampai ke Pondok ini, Pengunjung mestilah melalui jalan utama Kota Sarang Semut - Pendang dan masuk simpang ke Bukit Kokbah. Di kaki bukit sebelah matahari naik itulah terletaknya Pondok Bukit Kokbah.
Pada mula pembukaannya terdapat 8 orang pelajar dan sekarang sudah melebihi 20 pelajar. Bidang pengajian yang ditawarkan di sini ialah kitab-kitab pondok (turash arab dan jawi) dan tahfiz.
Pengajian awal Pondok ini telah disempurnakankan oleh Tuan Guru Pak Da Ismail Kerasak, Pattani (Matan Ajurumiah) dan Tuan Guru Baba Li Paku, Pattani (Matan Bina`) pada hari Isnin tanggal 25 Rabiul Awal 1432. Manakala pada 1 Muharram 1433 bersamaan 27 November 2011 berlangsunglah majlis perasmian Pondok Bukit Kokbah yang telah dirasmikankan oleh Ybg. Tuan Guru Hj. Abdul Rahim pengasas Pondok Sungai Jagong, Pendang, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan