Ahad, 18 Disember 2011

Sumbangan anda kepada Pondok Bukit Kokbah, Pendang, Kedah dialu-alukan.


BERET ASRAMA PELAJAR DAN TEMPAT MAKAN
 PONDOK GURU DAN TEMPAT MANDI


PERMANDANGAN GUNUNG JERAI
PERMANDANGAN KAWASAN PONDOK
TIANG ASAS UNTUK BILIK AIR
BILIK AIR SEKARANG
KAYU PONDOK YANG AKAN DIBINA
Sumbangan ikhlas anda untuk pembangunan dan pengurusan pondok ini boleh disalurkan melalui akaun BSN 02112-29-00010478-3 atau akaun TABUNG HAJI 030901000025469 atas nama ASHIQ ELAHI BIN MAT DESA.

Jumaat, 16 Disember 2011

Permasalahan Haid ,Nifas dan Istihadhah


Kuliah Bulanan Oleh Ustaz Ashiq Elahi.

BAB 1
HAID

1. PENGERTIAN HAID
     Haid dari sudut bahasa adalah mengalir. Pengertiannya dari sudut istilah fiqh ialah darah yang keluar dari faraj perempuan yang sudah mencapai usia sembilan tahun hijriah atau kurang (tidak cukup) 16 hari sebelum usia sembilan tahun, keluarnya bukan disebabkan oleh penyakit atau bersalin.

2. HUKUM MEMPELAJARI ILMU HAID
     Mempelajari hukum-hukum haid, nifas dan istihadhah adalah wajib ain atas setiap wanita. Suami akan berdosa jika melarang isterinya daripada pergi mempelajari Ilmu Haid sekiranya dia tidak mampu untuk mengajarkannya.


يجب على النساء أن يتعلمن ما يحتجن اليه من هذا الباب كغيره
فان كان زوجها عالما لزمه تعليمها والا فلا فلها الخروج لتعلم مالزمها
تعلمه عينا بل يجب ويحرم منعها الا أن يسأل ويخبرها وهو ثقة وليس
لها خروج الى مجلس ذكر أو علم غيرواجب عيني الا برضاه اهـ
المنهاج القويم 30

3. DASAR ILMU HAID

     ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء فى المحيض ولا تقربوهن حتى يطهرن فاذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله ان الله يحب التوابين ويحب المتطهرين

  “Mereka akan bertanya padamu tentang haid. Katakanlah, haid itu adalah kotoran. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanitadi waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.”
(surah al-Baqarah: 222)

     Sabda Nabi saw.
هذا شيئ كتبه الله على بنات آدم

“Haid adalah sesuatu yang telah ditakdirkan Allah kepada anak-anak perempuan bagi Nabi Adam.”

4. NAMA-NAMA HAID

حيض        محيض        محاض         طمث         اكبار    

طمس         عراك           فراك          أذى        ضحك  

درس        دراس         نفاس         قرء           اعصار


5. BINATANG-BINATANG YANG KELUAR HAID

     perempuan          kelawar            dhobuk              arnab

          unta                 cicak                 kuda                anjing

 
6. USIA BERLAKU HAID
       Wanita akan mula mengeluarkan darah haid pada seawal usia 9 tahun hijriah atau kurang (tidak cukup)16 hari sebelum usia 9 tahun. Jika seorang wanita mula mengeluarkan darah sebelum usia tersebut, maka darah itu bukanlah darah haid, malahan dinamakan darah fasad atau istihadhah.
      Apabila dia mengeluarkan darah pada genap usia 9 tahun atau kurang (tidak sampai) 16 hari 16 malam dari usia itu, maka darah itu adalah darah haid.



ika ada wanita mengeluarkan darah beberapa hari, sebahagiannya keluar sebelum usia haid dan sebahagian lagi keluar selepas usia haid, maka darah yang keluar sebelum usia haid adalah darah istihadhah, dan darah yang keluar selepas usia haid adalah darah haid.
     Contoh: Seorang anak perempuan yang umurnya kurang 20 hari lagi akan genap 9 tahun, kemudian dia mengeluarkan darah selama 10 hari 10 malam, maka darah 4 hari terawal dan lebih sedetik itu adalah darah istihadhah dan darah yang 6 hari terakhir dan kurang sedetik itu adalah darah haid.

7. TEMPOH HAID DAN SUCI

      Sekurang-kurang haid adalah sehari semalam (24 jam), samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus dalam 15 hari 15 malam.

وأقل زمن الحيض تقطع الدم أو اتصل يوم وليلة أى قدرهما
متصلا وهو أربع وعشرون ساعة فما نقص عن ذلك فليس بحيض
بخلاف ما بلغه على الاتصال أو التفريق فانه حيض اهـ المنهاج القويم


      Yang dimaksudkan dengan keluar terus menerus adalah sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj masih terdapat sedikit kesan basahan darah, walaupun darah tidak keluar kepada bahagian yang wajib dibasuh ketika istinja`.

المراد بالاتصال أن يكون لو أدخل نحو القطن لتلوث وان لم يخرج
الدم الى مايجب غسله فى الاستنجاء اهـ حاشية الترسي على المنهاج القويم
الجزء الأول صـ 538

     Darah yang keluar kurang daripada 24 jam bukanlah haid, ianya adalah darah istihadhah, atau mencapai 24 jam tetapi ia teputus-putus dalam tempoh masa melebihi 15 hari 15 malam, itu juga dinamakan istihadhah bukan haid.
     Sekiranya darah itu terputus-putus dalam masa 15 hari 15 malam, apabila dijumlahkan kesemuanya mencukupi 24 jam maka itu adalah darah haid.
     Ulama` Feqah telah berbeza pendapat mengenai wanita yang meragui, adakah jumlah darahnya mencapai 24 jam atau kurang. Menurut Ibnu Hajar, darah yang diragui itu bukanlah haid.
      Syeikh Ramli mengatakan darah itu adalah haid, walaupun keluarnya secara terputus-putus dalam masa 15 hari 15 malam dan warnanya berbagai-bagai.

ما شك فى بلوغه يوما وليلة من الدم ليس بحيض
عند حج وحيض عند م ر قاله فى العدد ولو مفرقا فى خمسة عشر
يوما ولو بألوان اهـ اثمد العينين بهامش البغية صـ 14


     Paling lama tempoh mengeluarkan darah haid  adalah 15 hari 15 malam. Kebiasaan haid 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.
     Sekurang-kurang tempoh suci yang memisahkan antara dua haid adalah 15 hari 15 malam. Paling lama tempoh suci tiada batasnya, malahan boleh mencapai bertahun-tahun lamanya.
     Kebiasaan tempoh suci bagi seseorang itu dilihat pada kebiasaan tempoh haidnya. Maksudnya, kalau haidnya 6 hari maka sucinya 24 hari, atau haidnya 7 hari maka sucinya 23 hari.

     Soal: Darah yang keluar  daripada wanita mengandung itu termasuk darah apa?
   Jawab: Darah tersebut dibilang sebagai darah haid, jika ia mencapai tempoh sekurang-kurang atau sebanyak-banyak haid serta keluarnya sebelum daripada terasa sakit untuk bersalin.

والأصح أن الحامل تحيض اهـ شيخنا

      Soal: jika ada wanita yang haidnya terhenti-henti, adakah waktu mengeluarkan darah sahaja dikira sebagai haid atau keseluruhannya (waktu berhenti darah di celah-celahan haid juga) dikira sebagai haid?
       Jawab: keseluruhannya dikira sebagai hukum haid, samada waktu keluar darah ataupun waktu darah berhenti yang berada di elah-celahannya (di antaranya).

فهو مع نقاء تخلله حيض - وهذا القول يسمى قول السحب
وهو المعتمد والثانى  أن النقاء طهر ويسمى قول اللقط والتلفيق
ومحل القولين فى الصلاة والصوم ونحوهما فلا يجعل النقاء طهرا فى
انقضاء العدة اجماعا ويحل وطؤها حينئذ قوله والصلاة أى
بعد الغسل اهـ حاشية البجيرمى على فتح الوهاب


     Soal: darah yang keluar di antara kelahiran dua bayi kembar itu darah apa?
     Jawab: jika darah itu memenuhi syarat-syarat haid, maka ia dinamakan sebagai haid.
     Contoh: pada 1 hb. dia melahirkan anak pertama, kemudian mulai 10 hb. hingga 20 hb. keluarlah darahnya, kemudian pada 25 hb. dia melahirkan anak kedua, maka darah yang keluar selama 11 hari itu adalah darah haid.

وخرج ببعد فراغ الرحم ما قبله فالدم الخارج فيه حيض بشرطه
اهـ حاشية الكردى على المنهاج القويم الجزء الأول صـ 125

Peringatan!

a. Haid atau suci yang diusahakan dengan ubat hukumnya sah. Maksudnya, pada masa keluar haid dengan memakan ubat ia diharamkan solat dan sebagainya, dan pada masa suci yang diusahakan dengan ubat, ia dihalalkan bersetubuh dan sebagainya.

وسئل حج عمن استعجلت حيضها بدواء فهل
به عدتها أم لا؟ فأجاب بقوله نعم كما صرحوا به ومن ثم
صرحوا أيضا بأنها لو استعجلته لم تقض صلاة
أيامه اهـ الفتاوى الكبرى الفقهية لابن
الحجر الهيتمى الجزء الرابع
صـ 200

b. Semua jenis perempuan, samada mubtadiah atau mu`tadah dengan semata-mata keluar darah terus dihukumi sebagai haid, tidak perlu menunggu 24 jam. Ertinya, ia diharamkan melakukan perkara-perkara yang diharamkan atas perempuan haid selama masa keluar darah tersebut. Kemudian (selepas 15 hari) jika ternyata darahnya kurang dari 24 jam maka dia wajib meng-qada`segala solat yang ditinggalkan semasa keluar darahnya.
     Contoh: 1 hb. darah keluar selama 5 jam pada waktu hampir subuh, 2 hb. darah keluar lagi selama 5 jam pada waktu yang sama, 3 hb. keluar darah 5 jam lagi pada waktu yang sama, 4 hb. keluar darah 5 jam lagi pada waktu yang sama. Kemudian darahnya terus berhenti sehingga 15 hb. Maka jumlahnya adalah 20 jam serta empat solat subuh telah ditinggalkannya. Oleh itu, wajib atasnya mengqada` empat solat subuh tersebut, kerana sudah ternyata darah itu bukanlah haid.

ثم ان انقطع لدون يوم وليلة حكمنا
بعدم كونه حيضا لتبين أنه دم فساد فتقضي الصوم
والصلاة أي المتروكين فى وقت خروج الدم
اهـ حاشية الشرقاوي على التحرير
 الجزء الأول صـ 152

والله سبحانه وتعالى أعلم

Bersambung bulan hadapan insyaAllah

Latar Belakang Pengasas

Nama: Ustaz Ashiq Elahi bin Mad Desa
Tempat pengajian: Pondok Sungai Jagong, Pendang, Kedah - Pondok Bendang Badam, Pattani, Thailand - Pondok Pasentren Petok, Kediri, Jawa Timur, Indonesia.
Pengalaman mengajar: Madrasah Ihya` Ulumiddin, Jalan Langgar- Madrasah Mazahirul Ulum, Bukit Choras - Pondok Bukit Kokbah - masjid-masjid dan surau-surau

Sejarah Penubuhan Pondok Bukit Kokbah

Pondok Bukit Kokbah ditubuhkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi dengan hasil sumbangan orang ramai. Terletak di perkampungan Bukit Kokbah, Pendang, Kedah dengan lokasinya menghadap lebuh raya PLUS. Untuk sampai ke Pondok ini, Pengunjung mestilah melalui jalan utama Kota Sarang Semut - Pendang dan masuk simpang ke Bukit Kokbah. Di kaki bukit sebelah matahari naik itulah terletaknya Pondok Bukit Kokbah.
Pada mula pembukaannya terdapat 8 orang pelajar dan sekarang sudah melebihi 20 pelajar. Bidang pengajian yang ditawarkan di sini ialah kitab-kitab pondok (turash arab dan jawi) dan tahfiz.
Pengajian awal Pondok ini telah disempurnakankan oleh Tuan Guru Pak Da Ismail Kerasak, Pattani (Matan Ajurumiah) dan Tuan Guru Baba Li Paku, Pattani (Matan Bina`) pada hari Isnin tanggal 25 Rabiul Awal 1432. Manakala pada 1 Muharram 1433 bersamaan 27 November 2011 berlangsunglah majlis perasmian Pondok Bukit Kokbah yang telah dirasmikankan oleh Ybg. Tuan Guru Hj. Abdul Rahim pengasas Pondok Sungai Jagong, Pendang, Kedah.